Selasa, 11 Disember 2012

PENJAGAAN GIGI PRASEKOLAH

PENJAGAAN GIGI DI KALANGAN MURID PRASEKOLAH 

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI 


Kajian epidemiologi terhadap kanak-kanak prasekolah di Malaysia 1995:

–Kejadian karies 87.1% dikalangan kanak-kanak berumur 5 tahun

–Kejadian karies 80.6% dikalangan kanak-kanak berumur 6 tahun

** hanya 2 daripada 10 orang kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pergigian!!

Peranan Guru-Guru Dalam Pencegahan Penyakit Pergigian  
 1. Menjadikan penjagaan pergigian sebagai salah satu agenda pembelajaran.
2. Berkebolehan untuk mendidik dan menerangkan tentang rasional penjagaan pergigian di kalangan kanak-kanak.
3. Mengetahui asas penjagaan pergigian.
4. Memperkenalkan kepentingan personel pergigian dan peranan mereka.
5. Menjadi ‘role model’ kepada kanak-kanak.
 Penjagaan Pergigian  Sebagai Agenda Dalam
Pembelajaran

1. Secara formal di dalam bilik darjah
2. Secara tidak formal: »Nyanyian
»Lakonan role play
 >>Memberikan contoh-contoh yang mudah dengan bantuan visual dan imej 



Asas Penjagaan Pergigian
 * Menjalankan dan memantau aktiviti memberus gigi setiap hari.
 
* Menyediakan persekitaran yang mesra terhadap penjagaan pergigian.
 * Menjadi role model.
 * Mempamerkan tabiat penjagaan kesihatan mulut yang baik.
* Memastikan kesihatan mulut sentiasa berada pada tahap yang baik. 

Peranan-Peranan Lain
1.  Dapat mengenal pasti penyakit-penyakit pergigian yang biasa dikalangan kanak-kanak.
2.Berkebolehan untuk menangani kes-kes kecemasan. 

Kecederaan melibatkan gigi kekal:
- Pastikan kawasan kejadian cth;padang, longkang, dalam bilik darjah
- Sekiranya gigi terjatuh keluar, kutip gigi tersebut dan bawa ke klinik bersama dengan kanak-kanak. 
- Simpan gigi dalam susu segar atau minta kanak-kanak kemam dalam mulut.
- Jika kanak-kanak jatuh ditempat bersih cuba masukkan semula gigi ke dalam soket. 

PENYAKIT BERJANGKIT 
- Kenali penyakit oral yang boleh berjangkit kepada kanak-kanak lain.
- Contoh, jangkitan virus herpes, penyakit tangan,kaki dan mulut. 
 Kesimpulan 

Pendidikan kesihatan pergigian yang baik di ikuti 

dengan tabiat penjagaan higin mulut yang 

berkesan serta pengamalan diet seimbang akan 

membantu perkembangan pergigian yang 

sempurna dikalangan kanak-kanak.

 

 

1 ulasan: